Bismillhirahmanirahim

Berbicara kita dengan ketentuan dan izinnya. berkongsi ilmu, berbicara tentang Ibadat Qurban dan Aqiqah.

Sekadar satu catatan sumber pelajaran agama yang diperolehi terus dari guru-guru yang murshid dan sumber rujukan yang diakui kesohihannya. ( diakui sah )

Ianya ialah ibadah taabudi yang dilakukan pada hari-hari raya adha dan tasyrik. Dalil ibadah qurban ini ialah Allah berfirman dalam surah al-kautsar ayat 2:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ Surah Al-Kauthar : ayat 2

 Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)


Qurban dilaksanakan iaitu pada hari raya Aidil Adha, Binatang Qurban terdiri daripada Unta, Kerbau, Lembu dan kambing. Setiap daripadanya dibahagikan kepada 7 bahagian ( 7 orang secara bersyarikat = berkumpulan )



Niat memainkan peranan penting dalam melakukan sesuatu ibadat. Tetapi dengan tanpa kita sedari ibadah kita menjadi sia-sia jika kita tidak mendalaminya dengan penuh perhatian.

maafkan saya, dibawakan kepada anda permasalahan berkaitan dengan ibadah qurban ini.


Permasalahan :


  1. Binatang yang pemiliknya ( atau syarikat=kongsi ) menyatakan kepada orang lain tujuan pemilikan binatang tersebut adalah haram baginya atau kongsinya menyembelih sebelum waktunya dan memakan dari dagingnya.

Keterangan :

Dalam permasalahan ini , contoh : En. Ali atau bersama rakan-rakannya membeli seekor lembu untuk tujuan korban. ditanyakan oleh rakan-rakan yang lain selaian kumpulan korbannya,bertanya " Untuk tujuan apa lembu itu" dijawab oleh salah seorang ahli kumpulan korban dengan " ini adalah binatang korban". Dari saat itu jatuh hukum ( nazar ta'yin ) kepada kumpulan korban tersebut. Binatang itu tidak boleh digunakan untuk lain selain daripada tujuan yang dinyatakan.

Kebaikan : Ia menjadi satu tujuan yang khas bagi korban tersebut.

Keburukan :
  1. Binatang itu tidak boleh disembelih atas tujuan lain .
  2. Nazar yang tidak ditunaikan adalah berdosa kerana hukumnya wajib menunaikan nazar yang dilafazkan.
Penyelesaian :

  • Adalah lebih baik diam sahaja untuk mengelakkan terjadi permasalahan tersebut. dijelaskan dalam.......
  • Atau dengan perkataan jawapan. " Binatang ini untu disembelih dihari raya nanti" dijelaskan dalam.....

0 comments:

Catat Ulasan

Sahabat Sekalian.

Jika sahabat mempunyai komen atau kemuskilan bolehlah utarakan diruangan komen . Insyallah saya akan bantu bertanyakan kepada yang lebih mengetahui

sfdsfdwfgrw

grgerfgerg
grebgergwrbgwrh
berberbg3rwb