Pengertian Aqiqah

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
  • Anak lelaki  atau perempuan memadai dengan 1/7 bahagian daripada binatang aqiqah yang besar seperti unta , lembu dan kerbau  .
  • Adalah memadai juga dengan setiap kanak-kanak lelaki dan perempuan seekor kambing sahaja.
  • Lebih Afdhal ( digalakkan ) bagi kanak-kanak lelaki baginya 2 ekor kambing yang sama.


Syarat Sah Aqiqah

Syarat sah aqiqah ialah:

  1. Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  2. Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  3. Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
  4. Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
  5. Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
  6. Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
  7. Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:


Had Umur Binatang Yang hendak dibuat Aqiqah
  • Biri-biri  :1 tahun atau lebih
  • Kambing  : 2 tahun atau lebih
  • Lembu/kenbau  :2 tahun atau lebih
  • Unta  :  5 tahun atau lebih
Sunat-sunat Aqiqah ialah:
  1. Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
  2. Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
  3. Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
  4. Memberi nama yang baik kepada bayi
  5. Berdoa ketika hendak menyembelih
  6. Daging dimasak manis.
  7. Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
  8. Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri

Hikmah Aqiqah
  1. Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
  2. Menggalakkan amalan sedekah.
  3. melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
  4. Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
  5. Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  6. Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  7. Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
  8. membiasakan berkorban bagi orang tua
Permasaalahan Aqiqah?

0 comments:

Catat Ulasan

Sahabat Sekalian.

Jika sahabat mempunyai komen atau kemuskilan bolehlah utarakan diruangan komen . Insyallah saya akan bantu bertanyakan kepada yang lebih mengetahui

sfdsfdwfgrw

grgerfgerg
grebgergwrbgwrh
berberbg3rwb